• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Bina Kemudahan Pengangkutan Di Batu Caves

oleh Ahmad Albab
24/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus berbincang dengan pihak berkaitan bagi mewujudkan kemudahan pengangkutan di Batu Caves yang tergendala kerana tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kemudahan itu penting bagi memudahkan warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan pelancong melawat gua paling atas di Batu Caves tanpa perlu memanjat 272 anak tangga untuk sampai ke sana.

“Kita hendak bina kereta kabel tapi ada kekangan berikutan tidak mendapat kelulusan MPS…kita akur dengan keputusan MPS selepas mengambil kira ekosistem dan alam sekitar, tapi pada masa sama kita akan teruskan perbincangan dengan MPS dan pihak yang berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sambutan Thaipusam di sini Ahad.

Turut hadir Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K Devamany, Duta Khas Infrastruktur Malaysia Ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S Samy Vellu.

Projek pembinaan kereta kabel sepanjang 250 meter merupakan satu daripada dua projek utama yang tergendala di Batu Caves sejak beberapa tahun lepas kerana tidak mendapat kelulusan MPS.

Pada 2011, satu perjanjian persefahaman antara pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman dan Damodar Ropeways and Constructions Pty Ltd telah ditandatangani untuk membina perkhidmatan kereta kabel sepanjang 250m di Batu Caves.

Projek bernilai RM10 juta itu sepatutnya siap pada 2014 tetapi MPS menghentikan kerja pembinaan projek berkenaan pada 6 Jun 2014 berikutan beberapa struktur pembinaan di sekitar Batu Caves dikatakan dibina tanpa kelulusan.

Satu lagi projek utama yang tergendala ialah pembinaan pusat kebudayaan India yang turut tidak mendapat kelulusan MPS.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 7 Feb 2012 telah mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan itu di Batu Caves kerana ia sering menjadi tumpuan pelancong.

Projek-projek lain di sekitar Batu Caves yang masih tergendala ialah projek kemudahan awam di tepi sungai berhampiran kuil di situ bagi upacara sembahyang dan pembinaan tangga keempat juga tidak mendapat kelulusan MPS walaupun projek itu mendapat sokongan kerajaan Persekutuan.

Mengenai sambutan Thaipusam tahun ini, Subramaaniam berkata ini merupakan kali ke-126 ia disambut di Kuil Sri Maha Mariamman, Batu Caves yang juga antara kuil yang menjadi tumpuan utama penganut Hindu meraikannya.

Sepanjang 10 hari lalu seramai kira-kira 1.4 juta penganut Hindu telah mengunjungi kuil itu untuk menunaikan upacara keagamaan mereka, katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanMIC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd