Sebuah video yang dimuat naik di YouTube 2 Oktober lalu jadi viral dan kini sudah ditonton lebih dua juta orang.
Kandungan video tersebut yang menarik perhatian ramai adalah rakaman seorang lelaki memarahi seorang wanita tua dalam sebuah kereta Fiat keluaran tahun 2013 berwarna merah.
Kisahnya, lelaki tersebut naik angin bila terlihat wanita tua ini memandu kereta baru yang lebih bagus daripada dirinya sedangkan hampir setiap hari wanita tersebut meminta sedekah di jalanan sambil memegang kadbod memberitahu dia adalah ‘wanita tua 78 tahun yang sebatang kara dan perlukan duit untuk makan’.
Lelaki itu pula setiap kali melihat wanita tersebut rasa kasihan dan pasti menghulurkan sumbangan.
Kemarahan lelaki tersebut yang kemudiannya dikenal pasti bernama Daniel Ayala adalah berasas seperti mana kata-katanya kepada perempuan tua tersebut dalam rakaman di atas;
“You are asking for money in the middle of street and you drive a 2013 car. I work hard everyday, that’s why people like you take advantage of me. Every time I give you two or three dollars and I also gave you four dollars last Thursday, however you are driving a car that is better than mine!â€Â
(Awak menagih duit orang di tengah jalan tapi pandu kereta tahun 2013. Saya kerja keras setiap hari lepas itu orang macam awak ambil kesempatan. Setiap kali saya pasti bagi awak 2 atau 3 dolar malah 4 dolar pada Khamis lepas tapi awak rupanya bawa kereta lebih mewah daripada saya!)
Apa yang membuat Daniel emosi adalah dia sanggup memotong duit minyak dan duit makan demi membantu wanita tersebut sedangkan dia rupa-rupanya mempunyai lebih banyak duit daripadanya malah ketika ditemui tempoh hari wanita itu sedang mengira banyak wang yang diletakkan di atas ribanya.
Agaknya Tuhan nak tunjuk, rakaman yang mengantoikan peminta sedekah warga emas ini dibuat oleh seseorang yang turut menjadi mangsanya.
Difahamkan individu yang merakam pada mulanya terkejut  apabila melihat wanita ini memandu kereta Fiat jenis baru di sebuah stesen minyak sedangkan sehari sebelumnya dia memberikan wanita sama wang yang kononnya untuk membeli makanan.
Kemudian sedang dia berfikir bahawa dia dah kena ‘kencing’ dengan wanita tua itu, dia nampak Daniel muncul dalam keadaan marah lalu bertindak merakamnya.
Bila berita ini menjadi viral sebuah stesen TV turut membuat liputan tentangnya, sebagai mana klip rakaman di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=09R_iUrh3EE
Aduhai, macam ini punya orang pun ada ke.
Tapi mujur juga penipu ini kategori nenek warga emas, kalau tak rasanya mesti dah lama kena belasah punya.. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB
