• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harap Kemelut Politik Kedah Diselesai Secara Bijaksana

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap kemelut politik yang melanda Kedah ketika ini dapat diselesaikan dengan semangat kekeluargaan, bijaksana dan rasional demi kelangsungan parti dan rakyat.

Menteri Pertahanan itu berkata sekiranya diselesaikan secara matang, apa jua kemelut yang berlaku di dalam UMNO negeri sudah tentu tidak akan membawa kesan yang teruk kepada parti dan rakyat.

“Saya tengok bahawa luahan dan pendirian kepimpinan bahagian-bahagian (UMNO) di Kedah banyak berkisar kepada pertimbangan mereka sendiri dan perkara itu juga sudah disampaikan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

“Sehubungan itu, saya harap isu ini ditangani secara matang, bijaksana bersandarkan perkara-perkara yang ada kaitan rapat dengan hala tuju UMNO Kedah dan pentadbiran kerajaan Kedah itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jiwa Murni Parlimen Sembrong di Felda Kahang Timur, di sini, hari ini.

Menurut Hishammuddin, krisis politik di Kedah bukan sesuatu perkara baharu di peringkat negeri-negeri malah parti juga pernah melalui pelbagai keadaan yang mencabar sebelum ini.

Semalam, kepimpinan UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan Najib susulan desakan mereka sebelum ini yang mahukan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berundur.

Dua hari sebelum itu (20 Jan), hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah termasuk 14 Ketua UMNO Bahagian menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9PeE78AG0hE[/wpdevart_youtube]

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd