• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100,000 Sertai Perarakan Thaipusam Di P.Pinang

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Lebih 100,000 penganut agama Hindu serta pelancong dari dalam dan luar negara membanjiri sepanjang jalan dari Lebuh Penang ke Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga, semasa perarakan Thaipusam di sini hari ini.

Perarakan membawa arca Dewa Murugan di atas pedati perak itu mula bergerak dari Kuil Kovil Veedu pukul 6 pagi diiringi alunan alat muzik tradisional India ‘Mridangam’ dan ‘Natheswaran’.

Tinjauan Bernama di sepanjang Jalan Magazine dan Jalan Datuk Keramat mendapati upacara itu berlangsung dengan meriah dan kelihatan anggota polis berkawal di sekitar kawasan sambutan.

Beratus ribu biji kelapa dilonggokkan di sepanjang jalan sejauh 10 kilometer itu dan mula dipecahkah penganut Hindu ketika pedati itu singgah di hadapan ‘Thanir Panthal’ yang dibina di sepanjang laluan.

‘Thanir Panthal’ adalah khemah sementara yang didirikan bagi menyediakan makanan dan minuman secara percuma kepada pengunjung yang mengikuti ritual itu.

Selain itu, penganut Hindu dilihat membawa ‘archenai’ iaitu talam yang diisi dengan kelapa, wang, buah-buahan dan bunga untuk diserah kepada sami yang mengikuti perarakan itu bagi melakukan upacara sembahyang.

Seorang penganut Hindu yang menyertai perarakan itu, A.Karthigesu, 25, berkata beliau datang dari Kelantan sejak semalam untuk menyertai sambutan Thaipusam di Pulau Pinang kerana ia lebih meriah.

“Selalunya setiap tahun kami sekeluarga akan ke Batu Caves, Selangor untuk sambutan Thaipusam tetapi tahun ini kami ke sini kerana abang saya bernazar untuk membawa kavadi di sini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan ketika dihubungi Bernama berkata sehingga pukul 6 petang ini, sambutan Thaipusam berjalan lancar.

Esok, penganut Hindu akan membawa pelbagai jenis kavadi menaiki 512 anak tangga untuk sampai ke Kuil Arulmigu Balathandayuthabani yang terletak di atas bukit Jalan Kebun Bunga di sini untuk membayar hajat dan mendapat restu daripada Dewa Murugan.

Pada hari ketiga pula, arca Dewa Murugan akan diarak balik dari kuil Nattukottai Chettiar ke kuil Kovil Veedu di Lebuh Penang. – BERNAMA

Tags: Thaipusam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasuh Didenda RM10,000 Tampar, Ketuk Dahi Bayi 11 Bulan

MBPP Tarik Balik Notis Larangan Jual Arak Sempena Thaipusam

24/01/2024
0

GEORGETOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diarahkan menarik balik larangan penjualan minuman beralkohol selama tiga hari sempena perayaan Thaipusam. IKUTI...

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

Thaipusam: Geng Kongsi Gelap Peras Ugut Peniaga

05/02/2023
0

GEORGETOWN - Dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap ditahan selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd