JOHOR BAHRU – Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor menerima lawatan rasmi daripada Perbadanan Stadium Kedah pada Sabtu.
Laman Facebook Johor Southern Tigers melaporkan, lawatan itu diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Perbadanan Stadium Kedah, Nabil Ahmad Marzuki.
“Pihak Stadium Larkin diwakili oleh Pengurus Perbadanan Stadium Johor, Hasnoor Idrus.
“Beliau memberi sedikit taklimat serta berkongsi maklumat mengenai kemudahan dan infrastruktur yang terdapat di Stadium Larkin.
“Ia merangkumi kawasan padang, tempat duduk penonton dan juga bilik persalinan para pemain,” lapor laman Facebook berkenaan hari ini.
Menurut Johor Southern Tigers, lawatan itu merupakan lawatan kerja keenam Perbadanan Stadium negeri lain yang ingin mengetahui dan melaksanakannya di stadium mereka. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]xegL8iUNBhM[/wpdevart_youtube]

