• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Umum Pengganti Jawatan Presiden PHM

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang tidak mahu mempertahankan jawatan itu masih belum mengumumkan pengganti baginda.

Baginda bertitah baginda perlu menyelesaikan pindaan perlembagaan PHM terlebih dahulu sebelum meninggalkan jawatan.

“Saya berharap untuk mengumumkannya hari ini tetapi memandangkan ada perubahan, mungkin berlaku sedikit kelewatan. Saya menangguhkan pengumuman saya.

“Saya sudah tentu akan namakan orang yang perlu dipertimbangkan untuk mengambil alih jawatan saya tidak lama lagi,” titah baginda.

Apabila dikatakan semua orang sudah tahu siapa pengganti baginda, baginda bertitah: “Bagus, mereka boleh tulis, mereka boleh bercakap, tetapi biar saya cari masa yang sesuai (untuk umum)”.

Ditanya sama ada pemilihan akan ditangguhkan sehingga Januari tahun depan, Tengku Abdullah berharap ia tidak begitu.

“Saya harap tidak…tetapi kita mahu perlembagaan dululuskan dengan pihak berkuasa…suruhanjaya sukan, FIH (persekutuan hoki antarabangsa), kemudian kita akan tetapkan tarikh,” titah baginda dan menambah mungkin berlaku pemanjangan masa tetapi PHM akan telitinya.

Presiden Persatuan Hoki Selangor Datuk Seri Subahan Kamal dilaporkan telah dikenal pasti sebagai pengganti baginda.

Dilaporkan baginda telah bercakap dengan Subahan yang dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan presiden.

Baginda mengambil alih jawatan presiden Persekutuan Hoki Asia pada 31 Ogos menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah.

Mengenai kedudukan Arul Selvaraj sebagai jurulatih kebangsaaan, Tengku Abdullah berpendapat jurulatih itu perlu kekal dengan pasukan remaja kerana “sasaran kita ialah untuk layak ke Piala Dunia Remaja”.

Sementara itu sekiranya PHM tidak boleh mencari pengganti yang sesuai bagi pasukan kebangsaan, Arul yang telah melakukan tugas yang baik boleh melatih pasukan kebangsaan sehingga Liga Dunia pusingan kedua di Singapura pada Januari tahun depan.

“Kita akan menggunakan khidmatnya sehingga itu,” titah baginda.

PHM mahu mencari jurulatih asing untuk pasukan kebangsaan dan Tengku Abdullah mengesahkan baginda mempunyai dua nama ketika ini.

Ditanya sama ada ia jurulatih dari Australia, baginda bertitah: “Boleh jadi. Kita bukakan pilihan”. – BERNAMA

 

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd