• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Saya Akan Ceraikan Dia!’ – Mangsa Zakar Dipotong Isteri

oleh AK-47
26/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZAKAR milik lelaki warga Pakistan yang putus dipotong oleh isterinya menggunakan pisau cukur di Jempol, Negeri Sembilan pada Rabu akhirnya berjaya disambungkan.

BACA: Tak Tahan Seks Ganas, Isteri Potong Zakar Suami Di Jelebu

Menurut peniaga kain berusia 42 tahun ini, dia hanya menyedari kemaluannya telah dipotong sebaik sahaja bangun dari tidur kira-kira pukul 1.40 pagi.

“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Tambahnya, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya yang merupakan warga tempatan, 51, itu hanya melihat saja.

Mengimbas kembali beberapa jam sebelum kejadian ngeri itu,  lelaki ini mendakwa isteri keduannya itu berkelakuan pelik dan enggan tidur di bilik yang sama dengannya.

“Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

“Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia bercadang ingin menceraikan  isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sudah pulih.

“Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.

“Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.

“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=0dgw5iDOACU]

Tags: zakar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

9 Makanan Untuk ‘Tegang’ Yang Memuaskan

28/04/2020
0

ADA sembilan makanan yang dikenal pasti mampu memberikan ketegangan yang diperlukan oleh lelaki untuk memuaskan pasangan mereka. Bagi yang beragama...

Zakar Terpaksa Dibedah, Gara-Gara 39 Bola Magnet

06/02/2019
0

SEORANG budak lelaki 12 tahun berdepan detik cemas apabila terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 39 bola magnetik daripada kemaluannya. Dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd