• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Kedai Roti Maut Digilis Treler

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pembantu kedai roti maut digilis treler selepas terjatuh dari basikal yang ditunggangnya dalam kemalangan di KM96 Jalan Besar Parit Perpat, Rengit dekat Batu Pahat, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt K.S. Mender Singh berkata kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Fatimah Bakran, 52, dari Kampung Sungai Tongkang Tembok, Rengit, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu Razali Taibon, 41, dari arah simpang jalan menghala ke Senggarang sedang membelok sebelum basikal ditunggang Fatimah dari arah bertentangan terlanggar treler berkenaan,” katanya yang dihubungi di sini.

Mender Singh berkata akibat pelanggaran itu, Fatimah terjatuh dari basikalnya lalu digilis tayar hadapan sebelah kanan treler itu.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk dibedah siasat.

Razali yang berasal dari Parit Saidi, Senggarang tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]WX8_Vqkk4TQ[/wpdevart_youtube]

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd