• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Pelbagai Taktik Untuk Ke Syria Sertai Daesh

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan pelbagai taktik yang digunakan oleh rakyat negara ini bagi melepaskan diri ke Syria dipercayai untuk menyertai kumpulan pengganas Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan ini menggunakan jalan alternatif untuk ke sana.

Katanya tindakan itu juga bagi menyukarkan dan mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengesan pergerakan mereka dengan beralih dari satu lokasi ke lokasi lain.

“Kaedah yang digunakan sekarang untuk merekrut orang bukan macam dulu, dulu fizikal senang kita hendak kesan sekarang ini cuma menerusi atas talian.

“Kalau dia berhubung menerusi atas talian sahaja dengan rakyat Malaysia yang berada di Syria, mereka akan mengaturkan mungkin tidak berlepas daripada Kuala Lumpur (KL).

“Daripada KL pergi ke Bangkok, Thailand kemudian Doha, Qatar atau Dubai, UAE sehingga ke Istanbul, Turki,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya apabila sampai di Istanbul mungkin mereka akan menghubungi dan tidak berlepas secara terus ke Syria dan ini menyukarkan untuk mengesan pergerakan dan perjalanan mereka.

“Itu yang sukar hendak kesan dia bukannya pergi secara terus ke Istanbul. Sekarang ini banyak beralih ke tempat lain dan hanya menerusi dalam talian,” katanya.

Jelasnya sehingga kini masih ada rakyat Malaysia ke Syria kerana bagi mereka konsep jihad ini masih berterusan walaupun selepas diberi penerangan, penjelasan dan tangkapan.

Beliau berkata setakat ini kegiatan tersebut masih terkawal dan pihaknya masih mampu mengesan serta menangkap, namun yang lebih membimbangkan adalah mereka yang sudah berlepas ke sana.

Pihaknya mendapati mereka yang terlibat dalam kegiatan ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk profesional. – BERNAMA

Tags: DaeshMilitan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd