• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MARDI Bakal Mulakan Projek Penanaman Beras Istimewa

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) bakal memulakan projek baharu untuk menghasilkan padi istimewa dengan bijirin yang lebih panjang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata Malaysia harus menghasilkan beras berkualiti supaya dapat dieksport demi kepentingan strategi ekonomi negara untuk masa depan.

Menurutnya sehingga hari ini, Malaysia terpaksa mengimport kebanyakan beras istimewa seperti beras wangi dari Jepun dan Thailand.

“Sudah tiba masanya untuk kita membangunkan keupayaan kita sendiri menghasilkan beras istimewa ini dan saya telah meminta MARDI untuk memulakan projek itu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Padi MARDI di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia sudah lama berjaya menghasilkan benih beras istimewa namun belum digunakan secara besar-besaran oleh petani di sini.

“Penanaman beras istimewa ini mengambil masa dan kalau kita mulakan sekarang, ia akan mengambil lima tahun baru boleh tanam secara besar-besaran di jelapang padi,” katanya.

Beliau berkata pelbagai proses perlu dilalui seperti benih yang dihasilkan itu perlu mendapat pengesahan keupayaannya dan ketahanan terhadap penyakit sebelum dibenar ditanam secara komersial.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementerian bersedia dalam menghadapi kemungkinan fenomena El Nino yang dijangka menjejaskan hasil tanaman dan perikanan.

Beliau berkata kementerian menyediakan pam bagi membekalkan keperluan air ke kawasan yang berkemungkinan dilanda musim kering akibat fenomena itu.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia cuaca panas dan kering yang berlaku di Perlis dan Kedah, dijangka dialami seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad ShaberyMARDI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Terengganu Sasar Nilai Jualan RM50K Road To MAHA

25/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyasarkan nilai jualan menjangkau RM500,000 daripada program Road To MAHA 2018 yang berlangsung hari...

MARDI Lancar Bangunan Inkubator Di Sabah

16/07/2018
0

KOTA KINABALU – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) hari ini melancarkan Bangunan Inkubator Teknologi MARDI yang pertama di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd