• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Foto Pre-Wedding Dikritik Terlajak Mesra, Syatilla Tak Ambil Tahu

oleh AK-47
29/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SATU Malaysia sudah mengetahui aktor popular Shaheizy Sam bakal mendirikan rumah tangga dengan model dan pelakon, Syatilla Melvin pada 8 Februari ini.

BACA: Gambar Pra-Perkahwinan Shaheizy, Syatilla Simple Tapi Sweet

Namun, dalam kesibukan merancang persiapan majlis perkahwinan mereka, pasangan selebriti ini tiba-tiba dikritik hebat oleh netizen susulan tersebarnya gambar pra-perkahwinan mereka.

114

Ini kerana gambar pra-perkahwinan Sam dan Syatilla hasil bidikan Amir Naufal Photography disifatkan terlalu intim, ‘terlajak mesra’ dan tidak sesuai dengan imej aktres jelita yang sudah berhijab itu.

Mengulas perkara itu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin memberitahu, dia enggan melayan komen-komen negatif yang dilemparkan orang ramai.

Sebaliknya dia hanya ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan perkahwinan mereka.

“Saya ada terbaca mengenai hal tersebut tetapi saya mengambil langkah untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif yang diberikan kepada saya.

“Saya tak boleh nak buat apa kerana orang boleh berkata apa sahaja sama ada yang baik atau pun buruk, jadi biarlah mereka nak cakap apa pun.

“Saya tak nak ambil tahu dan yang lebih penting bagi saya sekarang adalah fokus terhadap persiapan perkahwinan.

“Cukuplah saya sibuk nak uruskan persiapan jadi saya tak mahu tambahkan stress dengan melayan perkara-perkara remeh seperti itu,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama Sha dan Shah ini turut bercerita mengenai persiapan perkahwinan yang sudah siap hampir 70 peratus.

Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan disusuli dengan majlis resepsi pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Manakala, majlis bertandang akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=D3hymm-FOsQ]

Tags: Shaheizy SamSyatilla Melvin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shaheizy Sam, Syatilla Melvin Timang Anak Kedua

17/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, Shaheizy Sam menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi perempuan, jam 9.15...

Syatilla Pergi Kerja, Shaheizy Sam Ambil Tugas Jaga Anak

24/10/2018
0

PELAKON Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa menjaga anak sulung mereka, Syeriv Samheizy. Sam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd