• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 1,000 Berkumpul Nyata Sokongan Terhadap Mukhriz

oleh Ahmad Albab
21/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dianggarkan hanya hampir 1,000 orang berkumpul di perkarangan Bangunan Umno Negeri Kedah di sini malam ini sebagai tanda sokongan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Mereka berkumpul sejak pukul 8 malam, menunggu ketibaan Mukhriz di bangunan itu dikatakan untuk menghadiri mesyuarat Umno Bahagian Jerlun.

Sebaik sahaja Mukhriz yang juga Ketua Umno bahagian itu tiba kira-kira pukul 9 malam, orang ramai melaungkan kata-kata sokongan terhadapnya.

Beliau sempat melambai-lambaikan tangan kepada mereka sebelum masuk ke bangunan itu.

Turut berada di perkarangan Bangunan Umno ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hassan Shariff.

Terdahulu pada sebelah petang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah telah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Ahmad Bashah membuat pengumuman itu selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan hampir kesemua ADUN dan anggota Parlimen negeri ini daripada UMNO, di sini.

Turut hadir dalam pertemuan itu ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]3h9eM-M5IN0[/wpdevart_youtube]

Tags: Mukhriz Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd