• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Tak Kompromi Kebersihan Kawasan, Banteras Denggi

oleh Ahmad Albab
20/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka tidak akan berkompromi terhadap mereka yang gagal menjaga kebersihan kawasan kediaman atau perniagaan sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dengan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan kompaun.

Timbalan Exco Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Antidadah Melaka, Datuk Ng Choon Koon berkata tindakan itu dilakukan kerana masyarakat di negeri ini dilihat tidak memandang serius isu kebersihan di luar kawasan mereka sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes demam denggi di negeri ini.

Beliau berkata 146 kes demam denggi dilaporkan antara 3 dan 16 Jan lepas meningkat berbanding 115 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

“Sebanyak 93 kes daripada jumlah itu berlaku di daerah Melaka Tengah diikuti Jasin 29 kes dan Alor Gajah 24 kes, juga 29 kompaun dengan jumlah RM14,500 telah dikeluarkan dalam tempoh tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Operasi Bersepadu Mega Aedes Jabatan Kesihatan Melaka Tengah di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Melaka, Dr. Amirullah Mohd Arshad dan Katua Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Melaka, Dass Kandunni.

Mengulas lanjut, Ng berkata sehingga kini 20 lokasi wabak aktif dikesan di negeri ini dengan 15 kawasan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (empat kawasan) dan Jasin (satu kawasan).

Sementara itu, Dr. Amirullah berkata Taman Ayer Keroh Height mencatatkan 12 kes demam denggi dalam tempoh sembilan hari bermula 8 Jan lepas sementara 46 tempat pembiakan wabak dikesan di kawasan itu sejak tahun lalu hingga 16 Jan.

“Lima tempat pembiakan nyamuk aedes juga ditemui di sekitar taman berkenaan dalam operasi melibatkan lebih 150 anggota dan pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Melaka Tengah serta agensi penguatkuasaan lain,” katanya.

Beliau berkata tiga kompaun berjumlah RM1,500 dan tiga notis pembersihan di bawah Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dikeluarkan dalam pemeriksaan di 380 premis di sekitar Taman Ayer Keroh Height. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd