• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kedah Tolak Kepimpinan Mukhriz

oleh Ahmad Albab
23/01/2016
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Hampir seluruh kepimpinan UMNO Kedah menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanifah mengumumkan demikian selepas pertemuan tertutup dengan hampir semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota Parlimen negeri ini daripada UMNO.

Turut hadir dalam pertemuan itu di Hotel Seri Malaysia di sini pada Rabu ialah ketua-ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri tersebut. Sidang akhbar berlangsung di Hotel Grand Alora di sini.

umnokedah

Antara pemimpin hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga anggota Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Johari Baharom dan Pengerusi Tabung Haji yang juga anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Semua Ketua UMNO bahagian di Kedah hadir kecuali Jerlun iaitu Mukhriz merupakan Ketua Bahagian manakala Padang Terap diwakili Datuk Seri Ghazali Ibrahim kerana ketuanya, Datuk Seri Mahadzir Khalid berada di London atas urusan rasmi sebagai Menteri Pendidikan.

Ahmad Bashah berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti tersebut di negeri Kedah.

“Tiada sebarang perancangan strategik parti bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14. Gagal dalam mengetuai jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan parti di Kedah serta sebagai Menteri Besar beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan,” kata Ahmad Bashah yang membaca kenyataan media.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera membuat perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti tersebut di Kedah serta menukar Menteri Besarnya. – BERNAMA

Tags: Mukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Najib Sekolahkan Mukhriz

04/05/2021
0

Jika RM33b dana BNM tak lesap masa ayah kamu dan kesemua dimasukkan dalam tabung KWAN dengan purata pulangan 6.3% setahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd