• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha Sudah Keluar Hospital

oleh AK-47
21/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTOR popular era 1980-an, Mohd. Azmil Mustapha yang sebelum ini dilaporkan tenat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Putrajaya kerana masalah jantung telah dibenarkan keluar dari hospital pada Khamis.

Bagaimanapun, bintang yang popular menerusi filem Ali Setan ini masih berada dalam keadaan lemah dan memerlukan penjagaan rapi.

Perkara itu dimaklumkan oleh adik bongsunya, Mohd. Aziph Mustapha menerusi laman Facebook.

“Doktor pakar di sini (Hospital Putrajaya) mengesahkan yang abang boleh keluar dan diberi penjagaan rapi di rumah.

“Ubat telah dibekalkan dan jadual rawatan susulan dengan pelbagai doktor telah disiapkan,” kata Mohd Aziph, 48, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia.

Tambahnya, abangnya itu turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Dalam status tersebut, Mohd. Aziph turut memuat naikkan beberapa keping gambar yang menunjukkan Mohd. Azmil berkerusi roda diiringi anggota keluarga ketika meninggalkan Hospital Putrajaya.

12401010_1275135465834965_3415982424496373771_n

12417825_1275135392501639_4536609111180367695_n

12523187_1275135359168309_8566202632908308197_n

Terdahulu, Mohd. Azmil dilaporkan terpaksa menggunakan alat ventilator dan diletakkan dalam keadaan ‘tidur’ di Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya, Khamis lalu selepas mengadu sesak nafas dan doktor mendapati jantungnya berada dalam keadaan lemah.

Selain filem Ali Setan, Mohd. Azmil, 63,  juga pernah membintangi filem lain antaranya adalah Mekanik, Suara Kekasih dan Driving School. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Azmil Mustapha
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pelakon 1980-an Azmil Mustapha Meninggal Dunia

16/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Pelakon yang popular menerusi filem cult 1980-an, Ali Setan iaitu Azmil Mustapha, telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul...

Jenazah Pelakon Azmil Mustapha Selamat Disemadi

16/02/2018
0

SHAH ALAM - Jenazah pelakon era 80-an yang popular menerusi filem 'Ali Setan', Mohd Azmil Mustapha Kamil, selamat dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd