• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diabai Ibu Sendiri, Dua Beradik Kebulur Sanggup Makan Bata

oleh Ahmad Albab
22/01/2016
dalam Hangat
1
Share on FacebookShare on Twitter

BOGOTA – Seorang wanita merantai dua anak perempuannya yang sudah dewasa di bilik bawah tanah rumahnya sejak beberapa tahun.

Dia juga tidak memberi mereka makan secukupnya sehingga mereka makan bata kerana terlalu lapar.

Pihak berkuasa mendapat panggilan daripada orang tidak dikenali memaklumkan kedua-dua mangsa ditahan di sebuah rumah di Pacora, Caldas, barat laut Colombia.

Ketika polis tiba, mereka mendapati pintu rumah berkunci dan ibu mangsa tiada kerana bercuti.

Hanya datuk mangsa berusia 90 tahun ditinggalkan untuk menjaga mereka.

Polis menemui dua beradik berusia 32 dan 34 tahun itu dalam keadaan comot dan kotor.

Kedua-duanya mempunyai masalah mental serta kognitif selain tidak tahu bercakap.

Pihak berkuasa berkata, seseorang menelefon memberitahu dia sering mendengar orang mengerang dan meraung di bilik bawah tanah rumah itu.

Gambar disiarkan menunjukkan kedua-dua beradik itu dibebaskan pekerja kebajikan dari bilik tempat mereka dikurung dalam keadaan dirantai dan dimangga.

Jurucakap pihak berkuasa Caldas, Jazmin Gomez Agudelo berkata: “Keadaan rumah terlalu buruk, malah hampir roboh.

“Seluruh kehidupan mereka hanya di bilik itu. Mereka tidak ubah seperti haiwan dalam kurungan.

“Paling mengejutkan, apabila memasuki bilik itu, kami melihat seorang daripada mereka dengan bata di dalam mulutnya. Malah mereka kerap makan serpihan bata dan kayu, selain najis sendiri.”

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Doktor dan pendakwa kini menimbang untuk mendakwa ibu mereka yang masih bercuti atas tuduhan membahayakan nyawa anaknya. – Agensi/myMetro Online

Tags: kemiskinanperangai pelik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

23/07/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan...

Sik Jadi Lokaliti Pertama Projek Rintis Basmi Kemiskinan Tegar

09/11/2021
0

Satu projek yang murni dan diharap akan berjaya.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd