• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Anggota Polis Dipenjara & Denda Kerana Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Akibat meminta dan menerima rasuah RM1,500 seorang bekas anggota polis dipenjara dua hari dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Kamarul Ikhsan Kamaruzaman, 28, setelah dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan.

Beliau menetapkan hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal membayar denda, bagi setiap pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama Mohd Kamarul didakwa meminta rasuah sebanyak RM1,500 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Zaimas Mustaffa sebagai dorongan untuk membuang kes dan menarik balik laporan polis yang telah dibuat ke atas anak Zaimas.

Manakala bagi tuduhan kedua dia didakwa menerima daripada Zaimas wang tunai RM1,000 untuk tujuan yang sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Taman Haji Ismail, Bukit Guntong, Marang, di sini dan kedua-dua kesalahan itu dilakukan secara berasingan iaitu pada 8 Jan 2014, pukul 5 petang dan 9 Jan 2014, pukul 7.25 malam.

Ketika rayuan, Mohd Kamarul Ikhsan yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman denda dan memberitahu bahawa dirinya telah dibuang kerja sejak Ogos tahun lepas.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh yang mewakili pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada penjawat awam lain serta masyarakat. – BERNAMA

Tags: dendaPenjararasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd