• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enam Wanita Thailand Ditahan Di Pusat Urut

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Enam wanita rakyat Thailand yang sedang sibuk melayan pelanggan ditahan dalam serbuan di sebuah pusat urut di Taman Bandar Baru, Mergong di sini, Isnin malam.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata dalam Op Ikrar pada 9.15 malam itu pihaknya telah melakukan serbuan di sebuah premis urut di taman berkenaan dan memeriksa 11 warga asing.

“Hasil pemeriksaan, enam wanita Thailand berumur antara 25 dan 38 tahun telah ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Mohamad Yusri berkata kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini sebelum dipindahkan ke Depoh Imigresen Belantik, Sik.

Sementara itu, pada hari yang sama seorang lelaki warga tempatan berumur 33 tahun ditahan pada pukul 7.15 malam kerana memiliki kad pengenalan palsu semasa pemeriksaan di laluan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Suspek memberi alasan dia ingin ke kedai bebas cukai namun pegawai yang menjalankan pemeriksaan mendapati kad pengenalan yang diberikan adalah palsu.

“Hasil siasatan, suspek mendakwa dirinya memiliki rekod jenayah lampau dan tidak lagi menggunakan kad pengenalan asalnya.

“Kad pengenalan palsu yang digunakannya telah dibeli dengan harga RM3,000 dan kes telah diserah kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

Tags: rumah urutwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd