• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Ditangkap Curi Motosikal, Azian Anggap Salah Pilih Kawan

oleh AK-47
21/01/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEKA-TEKI anak seorang penyanyi wanita era-1980 an yang dilaporkan ditangkap atas cubaan mencuri motosikal di Putrajaya baru-baru ini akhirnya terjawab apabila Azian Mazwan Sapuwan memberitahu dia tidak tertekan dengan berita yang tersebar meluas itu.

BACA: Anak Penyanyi Era 80-An Dituduh Cuba Curi Motosikal

Pada masa yang sama, Azian yang semakin popular selepas memasuki program realiti Gegar Vaganza 2 berkata, dia berharap perkara ini dijadikan pengajaran buat anak lelakinya yang berusia 16 tahun itu.

AZIAN MAZWAN / GEGAR VAGANZA MUSIM K 2 / AUDITORIUM MBSA

2

1

“Saya tenang dan tidak tertekan apabila berita mengenai perkara itu dilaporkan dalam media dan saya ambil positif perkara itu.

“Ini adalah akibat daripada kesilapannya sendiri dalam memilih kawan dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepadanya,” katanya.

Sementara itu, Azian tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes anaknya yang masih berjalan di mahkamah.

“Kes masih berjalan dan belum jatuh hukuman lagi, jadi saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu.

“Bukan sahaja menjaga nama baik saya tetapi juga diri mereka sendiri. Perkara sudah hendak jadi begitu, saya positif… tambahan pula dia masih belum didapati bersalah oleh mahkamah,” ujarnya lagi.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan anak Azian bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun telah dihadapkan ke mahkamah pada akhir bulan Disember lalu.

Bagaimanapun, kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan perbicaraan berikutnya ditetapkan pada bulan Februari depan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Tags: Azian Mazwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd