• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Keselamatan Sentiasa Melindungi Malaysia

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pasukan keselamatan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melindungi negara ini daripada sebarang ancaman, demikian jaminan yang diberi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Rakyat Malaysia diberi jaminan bahawa pasukan keselamatan kita sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk melindungi kita semua ketika kita tidur hinggalah apabila kita bangun pada keesokan harinya,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian berikutan peristiwa serangan pengganas di Indonesia, Burkina Faso, Turki dan beberapa negara lain baru-baru ini.

Pada waktu sama, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, menggesa orang ramai supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang bukan sahaja boleh menimbulkan kekeliruan, tetapi juga salah tanggapan mengenai keadaan di negara ini.

“Di samping perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman, rakyat Malaysia juga perlu membiarkan pasukan keselamatan melaksanakan tugas mereka, tanpa sebarang rasa curiga dan prejudis.

“Kita patut bersyukur kerana berasa selamat dan terjamin apabila berada di jalan raya di mana-mana juga bandar di negara ini, terima kasih atas dedikasi dan kesetiaan pasukan keselamatan kita,” katanya.

Ahmad Zahid juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira pegangan ideologi, supaya menyokong usaha kerajaan untuk menghapuskan ancaman keganasan yang kata beliau, boleh memusnahkan keamanan dan keharmonian negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk memerangi keganasan secara habis-habisan, manakala Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula menjanjikan kerjasama penuh daripada pasukan bersenjata.

Ahmad Zahid berkata: “Ini peperangan baharu kami. Peperangan menentang keganasan, yang menuntut rakyat menyokong kami, bukan kerana politik, tetapi demi kepentingan dan kedaulatan negara.” – BERNAMA

[wpdevart_youtube]k_yo497CSos[/wpdevart_youtube]

Tags: Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd