• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Warga Pakistan Kutip Derma Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
18/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis menahan seorang warganegara Pakistan yang mengutip derma tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam serbuan di Masjid Al-Fattah, Batu 3, Jalan Gambang di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata hasil penahanan suspek berusia 52 tahun itu polis turut merampas sejumlah wang bernilai RM3,312 dipercayai kutipan derma orang awam.

“Siasatan awal mendapati warga Pakistan itu dipercayai telah memasuki Malaysia secara haram pada pertengahan tahun lepas dan lokasi kutipan derma adalah di kawasan masjid dan surau.

“Lelaki ini berada di Kuantan menjalankan aktiviti kutipan derma ini sejak tiga minggu lepas.

“Sebelum itu dia berada di Kuala Lumpur selama enam bulan dan menjalankan aktiviti ini secara berseorangan,” kata Abdul Aziz pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata ketika soal siasat, lelaki itu mengaku mengutip derma bagi pihak sebuah Maahad Tahfiz di Pakistan.

Beliau berkata siasatan dilakukan di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan sebatan dan denda sehingga RM10,000 di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959.

Abdul Aziz menasihati mana-mana pihak yang ingin mengutip derma bagi tujuan kebajikan mendapatkan kebenaran pihak berwajib. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]R0rg-mrCf1w[/wpdevart_youtube]

Tags: DERMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Polis Periksa Unit Kediaman Tidak Berpenghuni

Pakar Komputer Derma Kornea, ‘Terangi’ Penglihatan Dua Pesakit

17/12/2023
0

Kota Kinabalu: Seorang pakar pengaturcaraan komputer yang meninggal dunia akibat masalah kesihatan baru-baru ini menjadi penderma organ kesembilan direkodkan di...

Dewan Rakyat: Nombor Tidak Aktif Akan ‘Dikuarantin’ 6 Bulan

SPRM Siasat Dokumen NGO Kutip Derma Untuk Palestin

24/10/2023
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mendapatkan beberapa dokumen daripada pertubuhan bukan kerajaan tersebut (NGO) yang mengutip...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd