• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Dua Kakitangan PTG Didakwa Rasuah RM8,500

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menerima rasuah RM8,500 daripada seorang pelombong haram bauksit, dua minggu lalu.

Pengakuan Mohd Nurfirdaus Rahmad, 28, dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, direkodkan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.

Mohd Nurfirdaus yang merupakan pembantu awam di pejabat PTG didakwa menerima suapan itu dalam bentuk wang tunai daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, pada pukul 6.05 petang, 6 Jan lalu di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau di sini.

Abdul Rahim yang juga Penolong Pentadbir Tanah pula didakwa bersubahat dengan Mohd Nurfirdaus cuba menerima suapan itu pada pukul 9.16 malam, hari yang sama di nombor 12, Lorong IM15/26, Taman Indera Mahkota di sini.

Suapan itu dipercayai untuk memberi perlindungan kepada Anurul Hiraq dengan cara menjual 50 keping Borang Pemindahan Mineral (Borang 13D) yang bernombor siri PTG(M)/13D 1172260 hingga PTG(M)13D 1172309, bagi membolehkannya membawa bauksit secara haram ke Pelabuhan Kuantan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Syafinas Shabudin mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohd Nurfirdaus yang berasal dari Kampung Serengkam, Maran kemudian merayu kepada mahkamah supaya mengurangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan beliau telah berkahwin.

“Isteri saya sarat mengandung sekarang dan pendapatan saya hanya RM800 lebih sebulan. Mohon jasa baik mahkamah menetapkan jaminan paling minima,” katanya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Sementara itu, Abdul Rahim dari Sungai Isap Damai di sini, turut merayu jumlah jaminan sama dikurangkan atas alasan mempunyai lapan tanggungan, dengan gaji sebanyak RM3,000.

Habibah membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin setiap seorang dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Feb depan.

Kedua-dua tertuduh membayar jaminan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ut9LoWWA6Ug[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksitrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd