• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambu Air Hendak Diseludup Masuk Ke Malaysia Dirampas

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Penguatkuasa Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas 2.5 metrik tan jambu air dari Thailand yang cuba diseludup masuk ke negara ini menggunakan tiga buah lori, semalam.

Jambu tersebut tidak mempunyai sijil fitosanitasi, yang mengesahkan hasil pertanian bersih dari serangga dan bakteria.

Pengarahnya, Khairi Arif berkata jambu itu bernilai kira-kira RM45,000 dirampas dalam operasi di Pusat Pemeriksaan Maqis di sini pada pukul 7 malam.

Beliau berkata 10 anggota Maqis memeriksa lori-lori tersebut apabila mendapati gerak geri pemandunya mencurigakan.

“Pemeriksaan mendapati jambu air yang cuba diseludup itu disembunyikan dalam raga di bahagian dalam lori.

“Di bahagian depan diletakkan buah yang diisytiharkan iaitu mata kucing, mangga dan jambu batu,” kata Khairi kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya pengimport seharusnya memohon permit import dan sijil fitosanitasi yang mengesahkan jambu air yang hendak dibawa masuk telah dirawat oleh Jabatan Pertanian Thailand.

“Dalam pengetahuan kami hanya dua ladang jambu air di Thailand yang diiktiraf dan mempunyai sijil fitosanitasi.

“Selain dari dua ladang tersebut, kita tidak benarkan (hasil tani) dibawa masuk ke Malaysia,” tambahnya.

Operasi yang bermula dua hari lepas (Jumaat) diteruskan sehingga hari ini, katanya. – BERNAMA

Tags: seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd