• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Minta Umat Islam Jangan Taksub Kepada Agama

oleh Ahmad Albab
17/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap taksub kepada agama punca kepada kejadian keganasan yang berlaku di Paris, Perancis dan Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Muhammad Faiz Fadzhil berkata, rakyat Malaysia terutama umat Islam perlu menolak ajaran dan fahaman yang taksub kepada agama dan bangsa.

“Pemuda Amanah (PAN) percaya keganasan sebegini disumbangkan oleh salah faham tentang ajaran Islam yang sebenar dan sikap taksub atau fanatik terhadap agama dan bangsa.

“Masyarakat negara ini cukup bimbang agenda ekstrimisme sebegini menyerap masuk ke negara ini. Usaha semua pihak terutama kerajaan bagi membendung ekstrimisme perlu diberikan perhatian serius,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhammad Faiz mendakwa , antara pihak yang menyumbang kepada pemikiran taksub kepada agama dan bangsa di Malaysia adalah UMNO.

Beliau mendakwa, hegemoni oleh UMNO itu menyemarakkan semangat ekstrimisme dalam kalangan orang Melayu yang boleh berakhir dengan keganasan.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kumpulan baju merah yang sentiasa melaungkan sentimen Islam dan Melayu.

“Sikap pilih bulu kerajaan tidak menguntungkan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]r2Ha0sKfxSg[/wpdevart_youtube]

Tags: Parti Amanah Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd