SITIAWAN – Remaja lelaki 14 tahun yang lemas selepas cuba mengambil batang pancingnya yang terjatuh ketika memancing di Sungai Changkat Meranti, Sungai Wangi, di sini petang semalam, ditemui awal padi tadi.
Mayat Mohd Alif Haikal Kamarulzaman ditemui oleh pasukan mencari kira-kira jam 3.30 pagi, kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian dalam keadaan terapung.
Berikutan itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan berkata, operasi mencari diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Zaki Zainol yang dilancarkan sebaik kejadian pada jam 6 petang semalam, ditamatkan jam 4.15 pagi tadi.
“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – BHarian Online
[wpdevart_youtube]PLJZO-CMBCg[/wpdevart_youtube]