• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UniMAP Dan NUB Rangka Kerjasama Akademik

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DHAKA (Bangladesh) – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Northern University of Bangladesh (NUB) mahu mewujudkan kerjasama akademik dan penyelidikan ke arah memperkasakan hubungan yang sedia terjalin.

Kepimpinan kedua-dua institusi pengajian tinggi itu bertemu di sini, malam tadi bagi merangka kerjasama berkenaan sebelum diikuti majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kelak.

Dalam perbincangan semalam, UniMAP diwakili Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin manakala Pengerusi Amanah Trust, Prof Dr. Abu Yousuf Md Abdullah mewakili NUB.

NUB yang diwujudkan pada 2002, ditadbir oleh Amanah NUB.

Perbincangan merangkumi aspek kerjasama yang boleh dilaksanakan kedua-dua institusi pengajian tinggi itu termasuk pertukaran pelajar dan kakitangan serta kerjasama penyelidikan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP turut berangkat bagi meraikan Dr. Abu Yousuf dan delegasi NUB pada akhir perbincangan itu.

Dr. Kamarudin berkata UniMAP akan terus melebarkan sayap kerjasamanya di peringkat antarabangsa bagi memperkasakan universiti itu yang kini sedang berusaha untuk berada dalam kelompok 500 universiti terbaik dunia menjelang 2020.

Pada masa ini, UniMAP telah mula dikenali di seluruh dunia berikutan siri kejayaan dalam beberapa pertandingan hasil penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, UniMAP terus berusaha bekerjasama dengan universiti terkemuka dunia termasuk di Bangladesh.

Antara kerjasama terbaru termasuk menandatangani MoU dengan Universiti Antarabangsa Daffodil (DIU), sebuah universiti terkemuka di Bangladesh pada Rabu lalu.

MoU itu turut membabitkan kerjasama penyelidikan dan akademik. – BERNAMA

Tags: UniMAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

Pelajar UniMAP Maut Dilanggar Di Arau

08/02/2025
0

KANGAR: Seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) maut selepas dilanggar sebuah kenderaan jenis Proton X50 ketika sedang berbasikal di Jalan...

PTPTN Sampai Sumbangan Tablet Kepada Penuntut UiTM, Unimap

18/04/2022
0

ARAU : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyumbang sebanyak 50 unit tablet kepada pelajar dalam kalangan golongan berpendapatan rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd