• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersilap Ujian Ubat Baharu, 6 Kritikal Di Perancis

oleh Ahmad Albab
19/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Sekurang-kurangnya seorang ‘mati’ otak, manakala lima lagi kritikal selepas berlaku kesilapan dalam ujian percubaan membabitkan rawatan perubatan baharu, kata Kementerian Kesihatan Perancis.

Menurut stesen TV Perancis, TF1 semalam, mangsa menjadi sakit dan dimasukkan ke hospital awal minggu ini selepas mengambil ubat percubaan yang dibangunkan sebuah makmal perubatan swasta di utara bandar Rennes.

“Ujian ini dijalankan oleh sebuah kemudahan swasta yang mengkhusus dalam ujian klinikal,” kata pihak kementerian berkenaan dalam satu kenyataan rasmi.

Tambah kementerian itu lagi, seorang daripada mangsa kini berada dalam keadaan kematian klinikal.

Kementerian berkata, menterinya, Marisol Touraine, telah ke Rennes semalam untuk melihat sendiri tempat ujian klinikal itu dijalankan.

Media Perancis, BFMTV berkata lapan orang dipercayai ambil bahagian dalam percubaan itu, dua daripadanya diberikan placebo (bahan dengan kesan terapeutik digunakan sebagai kawalan dalam menguji ubat baharu).

Jumlah keseluruhan yang mengambil bahagian mencecah kepada 90 orang. Semua ujian digantung dan sukarelawan yang mengambil bahagian di dalam percubaan itu sedang dipanggil semula.

Saluran media, iTele berkata ujian itu adalah untuk ubat penahan sakit yang mengandungi ganja dan dijalankan di sebuah makmal di Rennes. – AGENSI/BH ONLINE

Tags: PerancisPerubatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

Misi Perdagangan Ke Perancis Jana Potensi Pelaburan RM4 Bilion, Eksport RM675 Juta

06/07/2025
0

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM4 bilion dan potensi eksport RM675 juta semasa misi perdagangan dan...

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

2 Terbunuh, 559 Ditahan Selepas Penyokong Raikan Kemenangan PSG

01/06/2025
0

PARIS: Dua terbunuh, beratus ditahan dan kereta dibakar di Perancis ketika peminat bola sepak meraikan kejayaan hebat Paris Saint-Germain menang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd