• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Terbiar 2 Tahun Di Amerika Syarikat

oleh Ahmad Albab
16/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAINE (Amerika Syarikat) – Mayat seorang pesara guru muzik ditemui di rumahnya dua tahun setengah selepas kematiannya.

Mayat Lucie McNulty ditemui di dalam bilik tidurnya dan dia dipercayai mati akibat sakit jantung.

Dia dipercayai mati pada pertengahan 2013 pada usia 67 tahun.

Jiran berkata, mereka sering menghubungi polis untuk memeriksa keadaan wanita itu, namun pihak berkuasa memberi alasan ‘tidak ada sebab munasabah untuk mereka memasuki rumah berkenaan’.

Rumah di Wells, Maine itu akhirnya diserbu kerana Lucie berhutang cukai hartanah berjumlah ribuan dolar.

Jurucakap polis Wells, Gerald Congdon memberitahu Portland Press Herald: “Kami tidak pernah mempunyai sebab munasabah untuk memasuki rumah itu.

“Keadaan ini amat menyedihkan. Dia memang suka menyendiri dan sering membiarkan pintu serta tingkapnya tertutup.”

Jiran, Lois Martin berkata: “Sedihnya, sedangkan kampung ini begitu ramai penduduk, namun tidak seorangpun mempedulikannya. Tidak siapa patut mati keseorangan seperti itu.”

Polis pertama kali memeriksa rumah itu pada Julai 2013 selepas Lucie pulang dari hospital. Polis berkata, mereka tidak boleh memasuki rumahnya melainkan ada bukti seperti himpunan akhbar atau surat. – Agensi/myMetro Online

Tags: Amerika SyarikatMayat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd