• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petron Perkenal RON100 Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Petron Malaysia Refining and Marketing Bhd hari ini memperkenalkan minyak RON100 yang mematuhi standard Euro-4M di pasaran Malaysia.

Minyak premium, Blaze 100 Euro 4M, yang ketika ini dijual pada RM2.80 seliter, kini boleh didapati di lapan stesen minyak di Lembah Klang dan Johor.

Dianggarkan 30 hingga 40 buah stesen lagi dijangka mempunyai bahan api gred tinggi itu dalam masa beberapa bulan akan datang berdasarkan permintaan pelanggan.

Petron mempunyai 560 buah stesen di seluruh negara.

Ketua Runcit Petron, Faridah Ali berkata minyak tersebut, yang mempunyai RON atau Nombor Oktana Penyelidikan tertinggi dalam pasaran, mempunyai ketahanan luar biasa terhadap ‘ketukan enjin’ yang merosakkan enjin kereta.

“Pelancaran Petron Blaze 100 Euro 4M merupakan sebahagian daripada janji kami kepada pemandu Malaysia untuk memperkenalkan perkhidmatan dan bahan api yang inovatif,” katanya pada sidang media selepas pelancaran petrol itu oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin, dekat sini hari ini.

Beliau berkata petrol Blaze 100 Euro 4M dihasilkan di kilang penapisan syarikat itu di Port Dickson di bawah kawalan kualiti yang ketat.

“Bahan api berprestasi tinggi itu turut memenuhi spesifikasi Euro 4M yang dapat mengurangkan pengeluaran asap dan meningkatkan kualiti udara,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata, industri minyak dan gas di negara ini memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara selain menyediakan peluang pekerjaan.

“Kita juga mahu kedai serbaneka ditempatkan di stesen minyak untuk memasarkan produk tempatan untuk manfaat pertumbuhan ekonomi,” katanya. – BERNAMA

Tags: PetrolPetron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd