• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penambahbaikan KADS1M Diumum Mac, Naik Taraf Jadi Kad Debit

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Penambahbaikan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) akan diumum Mac ini antaranya dinaik taraf menjadi kad debit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Penglibatan rakan dagang kad siswa itu juga akan ditingkatkan dari 402 syarikat sekarang, katanya.

“Kad diskaun dinaik taraf sebagai kad debit tentunya boleh memberi lebih manfaat kepada mahasiswa dan boleh digunakan dengan lebih meluas,” katanya kepada pemberita selepas sesi pertemuan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna dan persatuan peniaga di kementeriannya di sini hari ini.

KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian bagi tempoh melebihi setahun sejak 2012 untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar.

Mengenai pertemuan itu, Hamzah berkata ia memberi peluang kepada NGO pengguna dan wakil persatuan serta dewan perniagaan, berkongsi pandangan mengenai isu kos sara hidup, dengan kementerian menjadi perantara dalam mewujudkan keseimbangan kepentingan antara pengguna dan peniaga.

“Kita gabungkan mereka ini supaya masing-masing tahu, dan tugas kementerian ialah menyeimbangkan saranan kedua-dua pihak agar dapat sama-sama memainkan lebih peranan dalam meringankan masalah pengguna dan pada masa sama, kepentingan peniaga turut diambil kira,” katanya.

Seramai 354 wakil NGO pengguna, persatuan peniaga dan dewan perniagaan hadir pada sesi pertemuan itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]dcFw7ZUTeJ8[/wpdevart_youtube]

Tags: KADS1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Menyalurkan RM300 Juta Untuk KADS1M

08/03/2018
0

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Tinggi menyalurkan RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam...

Bank Rakyat Nafi Permohonan KADS1M 2018 Dibuka

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menafikan notis yang tular di media sosial kononnya permohonan Kad Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi 2018,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd