• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ada JPJ, SPAD, Trafik – Semua Makan Rasuah Ke?

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMALANGAN membabitkan kenderaan berat semakin menjadi-jadi… tak perlu fikir panjang kerana itulah hakikatnya.

Hari ini aje dua pelajar maut akibat dilanggar lori hantu di Kajang.

Hampir setiap minggu kita mendengar mengenai kemalangan seumpama itu.

Sedihnya, kita bukan ada satu atau dua tetapi sekurang-kurangnya 3 agensi yang mempunyai kuasa penguat kuasaan di jalan raya.

Ia termasuk bahagian trafik Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Namun apa yang kita lihat?

Saban minggu kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori berlaku dan berlaku dan terus berlaku.

Trafik yang tiba di lokasi….selepas beberapa ketika akan bertanya (soalan wajib…) “Dah ada bengkel ke?”. Kemudian akan ditambah, “You nak cepat, you guna bengkel ni….”.

Yea…maka jurucakap bengkel beruniform mula bersuara mempromosikan bengkel masing-masing.

Diikuti para runner bengkel (yang ini tidak beruniform) pun kemudian akan berkeliaran di kawasan balai trafik menawarkan perkhidmatan memperbaiki kenderaan.

Kalau kenderaan setakat rosak takpelah….

Yang menjadi sakit hati… bila kemalangan melibatkan kenderaan berat melibatkan kematian.

Dua Cedera, Dua Lagi Dikhuatiri Maut Lori Hantu Terbabas

Dan kalau libatkan kenderaan berat, hampir semestinya akan berlaku kemalangan maut.

Peliknya, cuba anda perhatikan ketika memandu sama ada di jalan raya biasa atau lebuh raya, adakah pemandu kenderaan berat masa kini kelihatan seperti takut pada undang-undang atau penguatkuasaan?

Lihat cara pemanduan dan kelajuan, nampak sangat mereka barang sekelumit pun tidak akan rasa takut atau heran dengan penguat kuasaan.

Di lebuh raya, kekadang sampai ke lorong paling kanan mereka gasak bawak.

Itu belum lagi mengambil kira treler yang menunda atau membawa kenderaan berat di bahagian belakang badan mereka.

Entah apa-apa kenderaan berat akan ditunda tanda sebarang escort oleh kereta lain.

Kenapa?

Ada 3 agensi berkaitan keselamatan jalan raya…

Polis kalau buat operasi akan target penunggang motosikal atau kereta. Itu pun jarang-jarang.

JPJ sibuk tayang MPV baru setiap tahun.

SPAD pulak pernah buat klip pendek memperlihatkan pegawai mereka menolak rasuah….drama terhebat yang kemudian berakhir seperti itu sahaja.

Masalah pokok di mana penguat kuasaan?

Mengapa pemandu kenderaan berat langsung tidak peduli dengan penguat kuasaan?

Ada ia berkaitan dengan istilah makan bulan?

Apa itu makan bulan yea?

Anda tahu…. tahu kot kan…

Pokok pangkalnya, pemandu kenderaan berat di negara ini kini langsung tidak ada peduli dengan sesiapa.

Mereka telah dijadikan kebal oleh bos mereka yang menjalinkan kerjasama bulanan dengan….

Apa mereka kisah kan…

[wpdevart_youtube]AiN7mQ3bqYQ[/wpdevart_youtube]

Tags: JPJkemalanganrasuahSPAD
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd