• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengubahsuaian Bajet 2016 Wajar – Dr Mahathir

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengubahsuaian Bajet 2016, yang bakal dibentangkan pada 28 Januari ini adalah suatu tindakan yang wajar, berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kelemahan ringgit.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata meskipun baharu dibentangkan pada Oktober lepas, keadaan ekonomi kini banyak berubah berbanding pada masa Bajet 2016 dibentangkan.

“Keadaan (ekonomi) sudah berubah dengan begitu ketara. Saya fikir, mahu ataupun tidak, pengubahsuaian (Bajet 2016) ini harus dilakukan,” katanya selepas menyaksikan majlis pelantikan pengedar Proton baharu di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.

Najib berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.

Harga minyak mentah dunia hari ini berada pada paras US$30 setong berbanding kira-kira US$45 setong semasa Bajet 2016 dibentangkan pada Oktober lepas. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd