• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuasy: Nicol Gagal Ke Final Kejohanan Juara-Juara

oleh Ahmad Albab
14/01/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy negara Datuk Nicol David terlepas peluang untuk merampas kembali takhta pemain nombor satu dunia selepas tewas pada saingan separuh akhir Kejohanan Juara-Juara di New York, Amerika Syarikat pagi ini.

Nicol yang kini berada pada ranking ketiga dunia, yang juga pilihan kedua kejohanan, tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Mesir, Nour El Sherbini 8-11, 5-11 dan 6-11 dalam masa hanya 26 minit.

Nicol boleh merampas kembali kedudukan pemain nombor satu dunia, yang kini dipegang oleh Laura Massaro dari England, jika menjuarai kejohanan itu.

Menurut laman web rasmi kejohanan, www.tocsquash.com, Nicol bermula cemerlang apabila menewaskan Victoria Lust dari England 11-2, 11-3 dan 11-2 pada pusingan pertama, diikuti menang ke atas Annie Au dari Hong Kong 11-2, 11-5 dan 11-7 pada pusingan kedua.

Dalam saingan suku akhir pula, Nicol bertungkus lumus menundukkan pemain dari Mesir, Omneya Abdel Kawy 11-6, 10-12, 10-12, 11-3 dan 11-5 dalam masa 56 minit.

Pada final kejohanan itu, El Sherbini dijadualkan bertemu Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd