• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Bauksit Kejar Rezeki Terpijak

oleh Ahmad Albab
15/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sikap pemandu lori bauksit yang memandu secara merbahaya dipercayai berpunca daripada sikap mereka yang mahu mengejar wang daripada aktiviti perlombongan bahan mineral itu.

Berikutan upah lumayan yang bakal diterima, ramai pemandu yang datang dari luar bertumpu ke Pahang, walaupun mereka tidak mempunyai permit untuk mengangkut.

Yang menyedihkan terdapat penduduk tempatan yang turut maut akibat digilis lori bauksit, misalnya nasib yang menimpa seorang guru Nohaili Ahmad Zabidi, 40, apabila keretanya berlanggar dengan lori bauksit.

Seorang pemandu tempatan yang dikenali sebagai Wan Rosli Wan Muda, 43, memberi alasan bahawa pemandu yang memandu secara merbahaya merupakan pemandu luar.

“Mereka beroperasi tanpa permit sehingga menyusahkan pemandu tempatan yang mempunyai permit. Disebabkan mereka, kami pun terpaksa berhadapan dengan pemeriksaan pihak penguat kuasa,” katanya.

Wan Rosli berkata beliau memperoleh upah sehingga RM180 sehari, RM60 untuk setiap perjalanan dan beliau tidak menolak kemungkinan pemandu lori tanpa permit memperoleh upah lebih lumayan bagi menampung risiko dikenakan pihak penguat kuasa.

“Disebabkan faktor ini juga, pemandu luar sanggup memandu laju di jalan raya bagi mengejar trip sehingga tengah malam, kerana lebih banyak perjalanan dilakukan, maka lebih lumayan upah yang bakal diperoleh mereka.

“Pemandu lori yang mempunyai permit hanya beroperasi sehingga pukul 4 petang berdasarkan syarat permit. Tetapi mereka (pemandu lori haram) kebanyakannya tidak memperdulikan soal tersebut,” katanya.

Wan Rosli berkata berkata selepas pengumuman moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang selama tiga bulan bermula esok (15 Jan), hampir 90 peratus pemandu lori luar sudah kembali ke negeri masing-masing.

“Terlampau banyak lori di atas jalan raya menyebabkan wujud lebih banyak debu. Namun sekarang keadaan bertambah baik, ia tidak teruk seperti sebelum ini,” katanya.

Seorang pemandu luar Roslan Aisha, 44, dari Pulau Pinang berkata beliau sanggup berjauhan dengan keluarganya semata-mata mahu mengejar upah lumayan yang ditawarkan pengusaha lombong bauksit.

Beliau datang selepas Aidilfitri lalu dan tinggal bersama pemandu lain yang datang dari luar dengan menyewa di kawasan perumahan di Balok.

“Selepas 15 Jan ini, saya terpaksa balik ke Pulau Pinang sebab sudah tidak boleh angkut bauksit selama tiga bulan,” katanya.

Nor Hashim Muhamad Toha, 49, yang datang dari Selangor sejak empat bulan lepas berkata beliau sanggup datang kerana tertarik dengan upah lumayan yang telah diperoleh rakan-rakannya.

“Ini banyak bantu kami untuk sara keluarga kami. Tetapi selepas ini (moratorium) tiada lagi lubuk wang untuk kami,” katanya sedikit kesal.- BERNAMA

[wpdevart_youtube]hKp3RicC3QY[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd