• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mat Razi Angkat Sumpah Adun Pengkalan Kubor

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Mat Razi Mat Ail, 48, daripada Barisan Nasional (BN) yang menang pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada 25 Sept lepas, hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan itu.

Majlis angkat sumpah itu diadakan sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim di sini, di hadapan Speaker Datuk Abdullah Ya’kub.

Kemenangan Mat Razi itu mengekalkan status quo apabila BN kekal menguasai 12 kerusi DUN, PAS (32) dan PKR (satu).

Pada PRK itu, Mat Razi, menang dengan majoriti 2,635 undi selepas mendapat 9,961 undi, mengalahkan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, 56, yang memperoleh 7,326 undi dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, 47, yang menerima 38 undi sahaja.

Mat Razi pada PRK itu berjaya menambah majoriti sebanyak 899 undi berbanding penyandang Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang mendapat 1,736 undi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

PRK itu diadakan berikutan kematian Noor Zahidi pada 20 Ogos lalu. – BERNAMA

Tags: adunangkat sumpah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

ADUN DAP Pulau Tikus Kata Beliau Bantu Melestarikan Syiar Islam

09/08/2026
0

GEORGE TOWN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng mendakwa beliau membantu melestarikan syiar...

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

Gabungan 10 ADUN BN, PN Angkat Sumpah EXCO Negeri Sembilan

07/08/2026
0

KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd