• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran Perniagaan Melibatkan Warga Asing

oleh Ahmad Albab
13/01/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan pada 11 Januari 2016 dan ingin menjelaskan bahawa syarat-syarat untuk mendaftarkan sesebuah perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 adalah pemilik/rakan kongsi mestilah warganegara Malaysia atau mereka yang telah diberi status pemastautin tetap (“permanent residents”).

Walau bagaimanapun bagi tujuan pendaftaran syarikat, undang-undang sedia ada iaitu Akta Syarikat 1965 membenarkan warga asing memperbadankan syarikat dengan syarat syarikat tersebut mempunyai sekurang-kurangnya dua orang pengarah yang mempunyai alamat tetap di Malaysia.

Sehubungan itu, proses pendaftaran perniagaan dan pemerbadanan syarikat di SSM adalah sangat telus dan ketat mengikut perundangan yang dinyatakan di atas.

Dalam menjalankan tangungjawab sebagai pengawal selia korporat di Malaysia, SSM sentiasa melaksanakan aktiviti penguatkuasaan termasuk aktiviti pemeriksaan data dan fizikal bagi memastikan perniagaan dan syarikat tidak disalahguna untuk menjalankan aktiviti yang bercanggah dengan kepentingan awam serta menyalahi undang-undang di Malaysia.

Jika sesebuah perniagaan dan syarikat didapati menyalahi peruntukan perundangan di bawah bidang kuasa SSM, tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan perundangan berkaitan.

Jika ia diluar bidang kuasa SSM, ia akan dimajukan kepada agensi-agensi berkaitan untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan perundangan di bawah bidang kuasa agensi terbabit.

DIKELUARKAN OLEH : SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

Tags: peniagaSSM
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd