TEATER komedi Zombie La La La yang bakal dipentaskan pada 13 – 21 Februari ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur antara lainnya bertujuan mempromosikan program ‘Cuti-Cuti Malaysia, Dekat Je!’.
Baca: Zombie La La La: Erma Tak Gentar Pertaruh Wajah Baharu
Lagi: Amar Baharin Bawa Watak Komedi? Boleh Ke?
Menurut penerbitnya, Siti Rohayah Attan, idea tersebut datang ketika beliau sedang menghasilkan skrip teater tersebut di samping minat beliau yang suka melancong.
“Saya sering melancong ke luar negara tetapi apabila keadaan ekonomi tidak mengizinkan saya mula melancong di dalam negara.
“Ternyata negara kita mempunyai banyak tempat menarik dari segi alam semula jadi, tempat bersejarah, pusat membeli-belah dan bangunan yang membanggakan,†katanya.
Justeru, beliau menyeru masyarakat supaya menyokong program Dekat Je! yang dilancarkan oleh Pelancongan Malaysia pertengahan tahun lalu yang menggalakan pelancongan domestik.
“Cuma pendekatan saya agak berbeza kerana saya menampilkan watak-watak zombie dari luar negara yang datang ke Kuala Lumpur dan kagum dengan keindahan ibu kota kita.
“Watak ini diwakili oleh Lili Poh (China), Cleo Papa (Mesir), Me mang Nak (Thailand), Patih Kurnia (Indonesia) dan Elvi Pasola (Amerika Syarikat) yang mana setiap mereka ada cerita yang tersendiri mengapa datang ke Kuala Lumpur†kata Siti Rohayah.
Percaya bahawa teater tersebut mampu menarik minat masyarakat untuk menontonnya, beliau juga dalam masa yang sama mahu masyarakat menikmati keindahan yang ada di negara sendiri.
Teater Zombie La La La ini mengisahkan sekumpulan zombie terpilih dari China, Amerika Syarikat, Indonesia, Thailand, Indonesia dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal milik Kapten Cook ke Kuala Lumpur.
Mereka telah diberitahu oleh Miss K bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di Malaysia.
Zombie La La La menampilkan Amar Baharin (Kapten Cook), Amy Mastura (Happy Witch), Siti Saleha (Cleo Papa), Janna Nick (Me Mang Nak), Zulin Aziz (Miss K), Dato’ Rahim Razali (Patih Kurnia), Hafreez Adam (Elvi Pasola), Mei Fen (Lili Poh), Syed Atiq (Jin Aprait) dan ramai lagi.
Ia diterbitkan oleh CTRA Production, Rumah Karya Citra, Persatuan Teater Malaysia dengan kerjasama Istana Budaya.
Tiket berharga dari RM37.10 hingga RM270 boleh dibeli di Istana Budaya atau melalui www.AirAsiaRedTix.com. Keterangan lanjut boleh menghubungi 03-40265558/017-2004249 atau layari facebook dan IG: CTRA Production. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=70Qe48NAp_Q]
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=suNLrin2rs0]