KUALA LUMPUR – Jenazah Shaliza Zaini Dewa, rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 pada 17 Julai lalu akan diterbangkan ke Australia pada Selasa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata perkara itu diminta oleh keluarga beliau.
“Mayatnya dijangka dibawa ke Australia pada 14 Okt,” katanya yang juga presiden MCA selepas tamat perhimpunan agung MCA ke-61 di sini hari ini.
Shaliza, 45, adalah antara 44 orang orang rakat Malaysia yang maut dalam nahas itu yang pesawatnya terhempas di timur Ukraine akibat ditembak.
Pesawat Malaysia Airlines itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur.
Shaliza terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka Australians Piers, 15, Marnix, 12, dan Margaux van den Hende, 8. – BERNAMA

