• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Denggi: Gotong-Royong Bersepadu Di Seluruh Terengganu Sabtu Ini

oleh Ahmad Albab
12/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Satu gotong-royong bersepadu akan diadakan di seluruh negeri Terengganu Sabtu ini bagi mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata ini berikutan jumlah kes demam denggi yang terus meningkat sehingga menyebabkan tiga kematian akibat virus itu setakat ini.

Beliau berkata gotong-royong itu akan diselia oleh semua Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta melibatkan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Ini juga bagi mengenal pasti kaedah sesuai untuk pelupusan sampah kerana kebanyakan lokaliti wabak berlaku di kawasan yang tidak boleh dimasuki lori sampah kerana akses jalan yang terhad terutama di kawasan kampung.

“Jadi, bagi kawasan seperti ini, PBT perlu mencari tempat sesuai untuk diletakkan tong sampah dan memberi plastik sampah kepada penduduk di kampung tersebut untuk memudahkan mereka membersihkan kawasan persekitaran rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Malam Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan bekas Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Wan Mat Amin Wan Daud di Taman Tamadun Islam di sini malam tadi.

Mengulas mengenai penambahan pesakit denggi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) ketika ini, Ahmad Razif berkata Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan membuka satu lagi wad khas untuk menampung kemasukan pesakit denggi dalam masa terdekat.

“Saya dimaklumkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri (Dr Mohamad Omar) bahawa pihaknya telah mengarahkan dan meminta bantuan petugas di hospital daerah lain untuk membantu pesakit denggi di HSNZ.

“Sekiranya keadaan semakin teruk, kita ada alternatif lain iaitu memindahkan pesakit denggi ke hospital daerah lain yang masih terdapat kekosongan katil,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) supaya mengadakan sesi penerangan oleh Jabatan Kesihatan di masjid-masjid sebelum memulakan khutbah Jumaat.

“Kalau nak harap sesi penerangan yang diadakan memang kurang sambutan, begitu juga gotong-royong, tidak ramai penduduk setempat yang terlibat kerana ada yang masih tidak sensitif dengan ancaman denggi ini.

“Sebab itu kita ambil peluang di masjid pada waktu solat Jumaat untuk adakan sesi penerangan ancaman denggi ini dan ia telah pun dimulakan pada Jumaat lalu,” katanya.

Tambah Ahmad Razif, kes kematian yang berlaku kali ini agak pelik kerana mangsa dilaporkan telah pulih serta dapat berjalan seperti biasa namun secara tiba-tiba mereka akan lumpuh dan meninggal dunia.

“Jadi, tindakan pihak hospital sekarang ialah tidak membenarkan pesakit denggi pulang awal walaupun sudah semakin sembuh bagi memastikan mereka benar-benar pulih untuk memastikan kejadian maut seumpama itu tidak berulang.

“Setakat ini, saya difahamkan ada 12 pesakit denggi yang sedang kritikal di HSNZ dan saya juga mengarahkan agar MAIDAM dapat menganjurkan solat hajat di masjid-masjid untuk kesejahteraan rakyat Terengganu daripada wabak ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: denggiTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd