• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuaca Panas: Bekalan Air Masih Terkawal – SPAN

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di Semenanjung dan Labuan masih terkawal, meskipun negara kini sedang mengalami cuaca panas disebabkan fenomena El Nino yang dijangka berterusan sehingga Mac.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Ismail Kasim berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang aduan mengenai kekurangan sumber air disebabkan cuaca panas.

Bagaimanapun beliau meminta operator air di semua negeri memantau rapi kedudukan sumber air di empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji-loji rawatan air di negeri masing-masing.

“Ini adalah kerana kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk memastikan sumber air di negeri masing-masing mencukupi untuk memenuhi keperluan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut meminta kerajaan negeri mengkaji sumber alternatif lain seperti air di bawah tanah dan kolam takungan bagi menambah sumber air, selain empangan dan sungai.

Dalam pada itu, pengguna dinasihat berhemah dan tidak membazir dalam menggunakan bekalan air supaya sumber air dapat bertahan lebih lama.

Pada 8 Jan lepas, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Madius Tangau memaklumkan cuaca panas dan kering ketika ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka berterusan dalam suku pertama 2016.

Fenomena El Nino boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 peratus hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5°C hingga 2.0°C dari biasa. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9kVnasCBRGU[/wpdevart_youtube]

Tags: CuacapanasSPAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

Cuaca Dan Kecuaian Punca Kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai

29/11/2024
0

Kuala Lumpur : Faktor cuaca dan kecuaian pemandu antara punca utama kemalangan Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) terbabas Kilometer (KM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd