• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Tiada Kuasa Tentukan Harga Ikan Berikutan Fenomena El Nino

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mempunyai kuasa dalam soal menentukan turun atau naik harga ikan berikutan fenomena El Nino.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan kementerian itu sebaliknya berfungsi untuk melihat daripada segi penerimaan pengguna tentang harga sama ada patut naik atau turun.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah perkhidmatan cemerlang 2015 kepada 265 warga kementerian di sini hari ini, Hamzah berkata KPDNKK hanya mempunyai kuasa dalam menentukan dua barang keperluan iaitu gula dan tepung di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Ramai tidak tahu bahawa kuasa KPDNKK adalah terhad,” katanya sambil menambah bahawa harga ikan naik atau turun adalah bidang kuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Beliau dalam pada itu akan meminta pengawai kementeriannya untuk meringkaskan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 agar ia mudah difahami oleh rakyat biasa.

Dalam perkembangan lain, Hamzah memberi jaminan bahawa kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dinaikkan walaupun harga minyak mentah dunia turun.

Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengekalkan hasil kutipan cukai enam peratus, yang berkuatkuasa 1 April lalu, dan isu kenaikan GST tidak dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]astDLyJV7tg[/wpdevart_youtube]

Tags: KPDNKK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Tunggu Maklum Balas MOF, KPDNHEP Isu Caj Rundingan Hospital

04/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menunggu maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan...

Friends Of KPDNKK Perlu Bergerak Aktif Pantau Harga

27/07/2018
0

MELAKA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka disaran mengaktifkan 'Friends of KPDNHEP' sebagai mata dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd