• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Didakwa Edar 99kg Kanabis Di Perlis

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mengedar 99 kilogram dadah jenis kanabis pada 27 Dis lepas.

Shahareeil Said, 35, dan Siti Hajar Abdullah, 25, didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dijatuhi hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Izmi Ibrahim disambut dengan anggukan tanda faham oleh tertuduh tetapi tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada mereka.

Mohd Izmi kemudian menetapkan 21 Mac depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan laporan kimia dan proses lantikan peguam.

Mengikut pertuduhan, suami isteri itu didakwa melakukan kesalahan itu di Laluan Import Pos Imigresen Wang Kelian, Padang Besar di sini pada tarikh berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Badius Zaman Ahmad.

Terdahulu, suasana menjadi suram apabila anak lelaki Siti Hajar yang berusia kira-kira empat tahun, menangis teresak-esak sambil memanggilnya sebaik melihat dia tiba di perkarangan kompleks mahkamah.

Sementara itu, Pengarah Kastam Perlis Kamarudin Jaafar berkata tertuduh itu juga baru melahirkan bayi perempuan pada Khamis lepas.

“Tertuduh melahirkan bayinya di sebuah hospital di sini ketika masih dalam tempoh tahanan reman di lokap Kastam,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]LznBFU2jI60[/wpdevart_youtube]

Tags: kanabis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Air Kencing Yasin Positif Kanabis – Pegawai Kimia

Air Kencing Yasin Positif Kanabis – Pegawai Kimia

12/09/2023
0

PETALING JAYA: Seorang pegawai kimia memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, ujian saringan yang dijalankan terhadap sampel air kencing...

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

KKM Alu-Alukan Pemohonan Percubaan Klinikal Produk Ekstrak Kanabis Untuk Perubatan

28/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) mengalu-alukan permohonan untuk menjalankan percubaan klinikal ke atas keluaran mengandungi ekstrak kanabis bagi apa-apa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd