• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengajar Sekolah Memandu Didenda RM,000 Kerana Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
11/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pengajar sekolah memandu didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang calon ujian memandu, dua tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Rosmala Abidin, 52, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosmala didakwa menerima rasuah sebanyak RM300 daripada Sahina Omar, 34, di sebuah restoran dalam sebuah pasar raya di Jalan Air Hitam, Simpang Renggam, Kluang dekat sini, kira-kira 6 petang pada 30 Sept 2014.

Suapan itu sebagai dorongan untuk membantu Sahina mendapatkan Lesen Memandu Kelas D ‘gerenti lulus’ di tapak ujian memandu di Simpang Renggam.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 163 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah agar meringankan hukuman disebabkan dia ialah ibu tunggal, berpendapatan RM1,030 sebulan dan perlu membayar rumah sewa RM300 sebulan.

Namun, pihak pendakwaan mahu agar hukuman setimpal dikenakan dengan mengambil kira faktor kepentingan awam.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor Noor Fazlin Hamdan berkata kes seperti lesen terbang ini secara tidak langsung mengakibatkan banyak kemalangan maut di atas jalan raya disebabkan pemandu belum lagi layak mendapatkan lesen memandu. – BERNAMA

Tags: mahkamahrasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd