• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakai Topi Keledar Ke Masjid – JKJR

oleh Ahmad Albab
10/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) meminta orang ramai yang bermotosikal ke masjid untuk bersolat terutama solat Jumaat agar memakai topi keledar.

Ketua Pengarahnya Abd Ghafar Yusof berkata ramai penunggang dan pembonceng motosikal yang tidak memakai topi keledar ketika hendak ke masjid.

“Kalau mereka hendak ke tempat kerja atau sebagainya, mereka akan memakai topi keledar, tetapi jarang jika hendak ke masjid, katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Program Perjalanan Selamat ‘Long Short Walk 2016’ peringkat negeri di sini, Ahad.

Beliau berkata statistik menunjukkan 3,223 penunggang dan pembonceng motosikal maut bagi tempoh Januari hingga September 2014 dan 3,098 kematian bagi tempoh sama tahun 2015.

“Di Kedah misalnya hampir 80 peratus kemalangan membabitkan motosikal dan antara puncanya ialah langgar lampu isyarat,” katanya.

Abd Ghafar menasihati orang ramai agar lebih menggunakan kereta atau pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau lokasi lain kerana ia lebih selamat.

Beliau turut menasihati pejalan kaki agar menggunakan jejantas dan ‘zebra crossing’ sekiranya mahu melintas jalan. – BERNAMA

Tags: JKJRpenunggang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nicaragua Fail Kes Di ICJ Terhadap Jerman Kerana Bantu Israel

Penunggang Wanita Maut, Nahas Konvoi Motosikal

02/03/2024
0

Nilai: Seorang maut manakala lima lagi cedera selepas enam motosikal terbabit kemalangan di Kilometer (KM) 27.6, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) arah...

Gojek: Penunggang, Pembonceng Mesti Sama Jantina

23/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengenalan perkhidmatan teksi motosikal atau dikenali sebagai Gojek tidak salah menurut hukum Islam. Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd