• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: SPRM Panggil 6 Pegawai PTG Pahang Hari Ini

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memanggil enam lagi pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang bagi membantu siasatan rasuah melibatkan perlombongan bauksit.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata enam suspek itu, termasuk seorang wanita, berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun, diarahkan hadir ke pejabat SPRM di sini pagi ini.

“Bagaimanapun mereka dilepaskan selepas memberi keterangan dan pemeriksaan dilakukan di rumah dan pejabat masing-masing,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Azam berkata ada antara mereka disyaki terlibat menjual dokumen pemindahan bijih mineral atau Borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen.

Borang itu yang disebut sebagai docket oleh penduduk setempat, dikeluarkan PTG dengan bayaran RM1, namun siasatan SPRM mendapati borang berkenaan dijual pada harga antara RM150 dan RM200 setiap satu.

Setakat ini, SPRM telah menahan tujuh individu, termasuk seorang pegawai kanan dan tiga pegawai PTG kerana disyaki menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.

Tiga lagi yang ditahan adalah orang awam, termasuk seorang wanita dipercayai berperanan sebagai orang tengah dalam penjualan Borang 13D, yang perlu disimpan pemandu lori semasa proses pengangkutan bahan mineral itu. – BERNAMA

Tags: bauksitSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd