• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasrat Kanak-Kanak Leukemia Naik Kereta Polis Tercapai

oleh Ahmad Albab
05/02/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Hasrat seorang kanak-kanak lelaki yang menghidapi penyakit leukemia untuk menaiki sebuah kereta peronda polis akhirnya tercapai pada Sabtu.

Muhammad Alif Aqil Shaiful Azhar, 8; yang disahkan menderita leukemia sejak tahun lepas menzahirkan rasa teruja dan gembira kerana diberi peluang menaiki kereta peronda polis bersama anggota keluarganya yang lain.

Menjadikan watak Inspektor Sani lakonan Zizan Razak dalam filem ‘Polis Evo‘ sebagai idolanya, anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu hadir di Balai Polis Damansara bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain.

“Saya suka menonton filem Polis Evo, minat watak Inspektor Sani dan mahu jadi sepertinya (anggota polis) sebab nak tahan penjahat,” katanya dalam nada ceria.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, impian kanak-kanak itu direalisasikan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan organisasi bukan kerajaan (NGO) – ‘Make A Wish’ – hasil maklumat doktor yang merawat Muhammad Alif Aqil di Hospital Kuala Lumpur.

“Kali pertama program sebegini diadakan ialah pada 2012 dan hari ini merupakan kali kedua. Selepas ini akan ada lagi program seumpama dibuat pada bulan hadapan,” katanya kepada pemberita selepas melepaskan kereta peronda polis yang membawa kanak-kanak itu di balai polis berkenaan.

Pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bangsar di Kuala Lumpur itu telah dibawa meronda sekitar kawasan Bangsar kira-kira setengah jam sebelum dibawa ke Kidzania bagi melakukan aktiviti bersama keluarga. – BERNAMA

Tags: Leukemia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Pesakit Leukemia Capai Impian Naik MPV Meninggal Dunia

22/02/2021
0

KEPALA BATAS - Kanak-kanak lelaki yang menghidap leukemia, Mohamad Ammar Dhani Mohd Azuan, 7, yang sebelum ini mencapai impiannya untuk...

Tular Alamat Aneh, Gadis Jual Coklat Rawat Leukemia

04/01/2019
0

NADIR... Tiada siapa sangka gadis yang curi tumpuan ramai gara-gara alamat pelik tertera pada bungkusan barang pesanannya dari Kampung Jerantut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd