• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Kementerian Kesihatan Analisa Makanan Di Kuantan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Pahang melakukan analisa ke atas lima jenis ikan di kawasan yang terlibat dalam perlombongan bauksit di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ikan yang dianalisa itu adalah mengkerong, kekek, gelama dan andeng dan lokan.

“Analisa adalah bagi parameter Plumbum, Kadmium dan Arsenic Inorganic. Semua sampel (ikan) yang dianalisa didapati mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan Kementerian Kesihatan menganalisa bawang besar New Zealand, bawang putih cina, ubi kentang cina, rambutan, limau bali, durian dan manggis serta makanan sedia dimakan iaitu karipap ayam, air cincau dan jambu batu di kawasan sama.

Katanya, hasil analisa mendapati semua bahan mentah yang dianalisa berkenaan mematuhi turut Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan secara berterusan melakukan pensampalen pemantauan terhadap kualiti makanan di kawasan terlibat dalam perlombongan bauksit ini. Pensampelan pemantauan ini dilakukan secara berkala dengan kekerapan dua bulan sekali,” katanya.

Beliau dalam pada itu memaklumkan Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kekerapan pemantauan parameter logam berat di 10 loji rawatan air (LRA) di Kuantan kepada setiap dua minggu manakala logam lain akan dilakukan setiap minggu.

Jelasnya, sehingga Disember 2015, semua sampel air terawat yang dibekalkan dari LRA Semambu, Bukit Sagu dan Bukit Goh mematuhi Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan.

“Berdasarkan hasil pemantauan di atas, penduduk Kuantan tidak perlu khuatir mengenai kualiti air minuman yang dirawat di loji-loji berkenaan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan sumber air mentah dari mana-mana sungai yang tercemar bagi mengelakkan
kemudaratan kepada kesihatan mereka.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan daripada memakan ikan atau mana-mana hasil tangkapan dari sungai yang disahkan tercemar oleh Jabatan Alam Sekitar,

“Orang ramai dinasihat supaya sentiasa prihatin terhadap kesihatan mereka dan sekiranya tidak sihat hendaklah segera berkunjung ke klinik-klinik yang terdekat bagi rawatan awal,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: bauksitKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd