• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPDNKK Kedah Rampas Gas Bersubsidi Bernilai RM30,000

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kedah merampas gas bersubsidi bernilai RM30,000 dalam satu serbuan di sebuah premis di Kampung Cerok Bakong Dalam, Baling, semalam.

Ketua Penguat Kuasanya, Shahrudin Hamzah berkata tiga lelaki berumur lingkungan 30-an turut ditahan dalam serbuan pukul 2 petang itu bagi membantu siasatan selepas mendapati premis itu dijadikan pusat penyelewengan gas bersubsidi.

Beliau berkata hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat 121 tong berisi gas dan 173 tong kosong dipercayai gas bersubsidi dipindahkan ke tong industri seberat 50 kilogram (kg).

“Sindiket dipercayai beroperasi sejak enam bulan lepas di mana mereka memindahkan gas dari tong bersubsidi (12 hingga 14kg) ke tong gas industri untuk pasaran sekitar Sungai Petani dan Baling,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahrudin juga percaya kemungkinan pemborong gas bersubsidi terlibat dalam sindiket itu dan pihaknya sedang mengesan pemborong terbabit untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan didenda RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi individu, manakala denda RM2 juta bagi syarikat. – BERNAMA

Tags: Gas LPGsubsidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

ATM Perkukuh Operasi Ketirisan Subsidi Bahan Api

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkukuh kesiapsiagaan operasi bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan subsidi bahan api selaras dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd