• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesederhanaan Berpolitik Pegangan Utama MCA

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Konsep kesederhanaan berpolitik yang diamalkan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjadi pegangan utama MCA untuk memajukan parti ke tahap tertinggi.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kesederhanaan adalah bukti komitmen BN yang berjaya menyatu padu rakyat berbilang kaum meskipun berdepan pelbagai cabaran dan halangan.

“MCA telah mendukung politik kesederhanaan sejak dahulu lagi, (malah) pengasas MCA Tun Tan Cheng Lock juga memperjuangkan kesederhanaan dan perpaduan menerusi kepimpinan beliau sepanjang tempoh menerajui parti”, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 di Wisma MCA di sini, hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa sama, Liow mengingatkan semua rakyat untuk saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pendapat demi mengelak konfrontasi.

Beliau turut memandang serius sesetengah pihak yang gemar mencetuskan fahaman politik berlandaskan kebencian dan memburuk-burukkan kerajaan kerana perkara itu memberi kesan negatif kepada keharmonian negara.

Katanya, kaedah berkempen yang digunakan pihak tertentu dengan memberi harapan palsu kepada rakyat hanya menimbulkan kekeliruan dan huru-hara kepada pentadbiran negara.

Dalam ucapan dasarnya, Liow juga mengingatkan masyarakat Cina agar tidak hilang hala tuju atau berputus asa terhadap MCA, sebaliknya terus menyokong parti itu yang berusaha melaksanakan pendekatan baharu untuk generasi muda pelbagai kaum dan masyarakat Cina untuk kekal relevan.

Beliau memberi jaminan bahawa MCA akan terus mengembeleng tenaga dengan semangat baharu dan memberi fokus kepada tiga aspek peningkatan iaitu kekuatan politik, ekonomi dan kualiti pendidikan serta kebudayaan.

Liow berkata untuk memastikan parti terus relevan, MCA akan melaksanakan program transformasi berlandaskan 11 teras utama.

Beliau berkata 11 teras utama itu merangkumi pengemaskinian senarai ahli dan pembaharuan proses pemilihan parti, mekanisme pemilihan calon pilihan raya, penubuhan pejabat pilihan raya parti tetap, mendokumentasi sejarah parti, pembaharuan latihan kader dan latihan menghadapi pilihan raya umum.

Perkara lain meliputi kajian sikap dan pendapat umum, strategi mendekati belia dan wanita, semangat sukarelawan, pembaharuan kaedah publisiti dan media dalam talian serta peranan MCA dalam kerajaan.

“Program transformasi ini merangkumi gerak kerja dalaman dan luaran MCA yangmemberi fokus kepada perjuangan parti termasuk mengkaji semula agenda parti yang lebih komprehensif dan menyeluruh”, katanya. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

PRN Johor: Onn Hafiz Terima Sambutan Luar Biasa Masyarakat Pelbagai Kaum Jementah

01/07/2026
0

SEGAMAT - Penyandang Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menerima sambutan luar biasa masyarakat setempat khususnya kaum Cina dan...

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

BN Negeri Sembilan Bertanding Semua 36 Kerusi DUN – Jalaluddin

06/06/2026
0

JELEBU - Barisan Nasional (BN) akan bertanding di kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd