• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bauksit: Tengku Abdullah Mahu K’jaan Cari Penyelesaian Terbaik

oleh Ahmad Albab
08/01/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JERANTUT – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan pusat dan negeri mencari satu penyelesaian holistik berhubung aktiviti perlombongan bauksit dan bahan mineral lain di negeri ini.

Baginda bertitah tempoh moratorium selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan baukit di Pahang bermula 15 Jan ini perlu digunakan sebaiknya untuk mencari kelemahan prosedur dalam pelaksanaan aktiviti tersebut sehingga mengakibatkan berlaku pencemaran yang serius.

Moratorium 3 Bulan Untuk Perlombongan Bauksit

Titah baginda penyelesaian secara holistik itu juga dapat memastikan segala aktiviti perlombongan mineral di negeri ini dapat dilakukan secara lebih lestari tanpa meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk.

“Jadi semasa moratorium ini dilaksanakan, saya minta cari penyelesaian terbaik jangka masa panjang bagi industri mineral di negeri ini dan bukannya langkah bersifat sementara,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Saffian Ismail.

Kerajaan semalam memutuskan untuk mengenakan moratorium atau pemberhentian sementara aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan berikutan keadaan pencemaran berpunca aktiviti itu menjadi semakin serius.

Tengku Abdullah turut menyambut baik keputusan tersebut sambil berharap semua pihak agar menghormatinya dan tidak ada yang cuba memendekkan tempoh tersebut untuk kepentingan peribadi.

“Saya percaya segala keputusan ini diambil semata-mata untuk mencari kelemahan prosedur yang ada sedia ada dalam melaksanakan aktiviti itu dan bukannya atas dasar hendak menidakkan industri ini daripada diteruskan,” titah baginda.

Baginda turut tidak menafikan semua aktiviti perlombongan mempunyai risikonya tersendiri termasuk daripada soal keselamatan mahupun kesihatan penduduk, sehubungan itu prosedur yang sedia ada perlu diperkemaskan.

Mengulas mengenai terdapatnya unsur rasuah dalam aktiviti itu, baginda bertitah ia tidak seharusnya berlaku jika pihak berkuasa mengamalkan integriti dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“Kalau prosedur dilakukan sebaik mungkin rasuah dapat dielakkan,” titah baginda. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gPHV5EYZdts[/wpdevart_youtube]

Tags: bauksit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aktiviti Melombong, Eksport Bauksit Boleh Diteruskan

19/02/2019
0

TEMPOH moratorium kegiatan perlombongan dan pengeksportan bauksit dari Pahang yang akan berakhir pada 31 Mac depan tidak akan dilanjutkan, umum...

Perlu Tegas Pastikan Tiada Perlombongan Bauksit Berjalan

11/09/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang diminta tegas melakukan penguatkuasaan dalam mengawal selia aktiviti perlombongan bauksit berikutan pengumuman pengeluaran lesen eksport...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd